Tuesday, November 3, 2009

Rochester dekat tak dengan Manchester?

Salam semua..

Lama betul aku tak update belog ini ye.
Maklum la kat rumah aku belum ada internet wth.
Lepas tu terpaksa la merempat kat mana2 yang ada wifi..
Aduh..indah sungguh hidup ini..lalala
Ok cukup.
Sebenarnya aku nak cerita pasal entry utk post ni.
(anep, jgn marah aku)
Semalam ada makhluk ni buzz ym aku,
lepas tu dia tanya,
"Rochester ni dekat tak ngan Manchester?"
aku pun jwb,"A,ah..dekat je. Mereka ni berjiran tahu?"
Dia jawab, "Oh ye ke?? Selalu tak pergi stadium tengok Man U lawan bola?"
Aku jwb balik, "Ho..of coz~"
(anep, jgn marah aku lagi)
Hehe..

Meh sini chek nak gebang. Rochester ni dia duduk kat sini..

pic : idcide
Siap ngan peta lagi

Rochester ni bandar ke-3 terbesar kat New York,USA.
Dikelilingi oleh bandar2 spt Buffalo, Syracuse, Pittsburgh dan banyak lagi.
Nampak tak dalam peta tu ada Niagara Falls?
Haa..kalau dari Rochester, naik kereta 2 jam je dah sampai.
Tapi aku belum lagi sampai sana. Sebab ape? Sebab tak de kereta.
Nanti lah suatu hari nanti,
kalau pergi sana, aku wat post pasal Niagara Falls ye.


Lepas tu kat Rochester ni ada RIT. RIT ni best sebab tu universiti aku.
Nama panggilan dia "the Brick City" sebab kebanyakan
bangunan ni dibuat daripada batu bata.

pic from : people.rit.edu
Nampak aku tak kat tepi bangunan tu?

Selain ada uni aku, dia juga ada tempat2 menarik.
Macam Letchworth Park yang aku pergi hari tu.
Sebab apa aku dapat pergi? Sebab aku join
trip untuk international student.
Nikmati gambar2 ini ye kawan2..

Lower fall

Cantik...

Ambik2..buat wallpaper desktop

Nampak tak pelangi dua lapis?

K.A.M.I~

Ok. Itu semua pasal Rochester. Sekarang chek nak
gebang pasal Manchester pulak.
Manchester ni dia dekat England.
(anep, pay attention)
Dulu aku teringin sangat
nak pergi Manchester. Sekarang pun teringin lagi.
Sebab ape? Sebab ada ni..

pic: sportige.com
Stadium Theatre of Dreams


Sekian...~


p/s : Sometimes we don't have to have any reasons to love something...


4 comments:

  1. ahahahahaha.malu aku bace dowh.haha.
    mane laa aku tau.rochester bunyi macam sama dgn manchester.alasan.hahaha.

    lawa lah uni kau.batu bata wo!
    waterfall tu pun cantik.

    nanti aku pegi sane kau kene bawak jalan2 okayy. ;P

    ReplyDelete
  2. of cozzz..ko x datang siap. aku bunuh ko..haha=p

    ReplyDelete
  3. aku datang tapi kau kene belanje laa.boleh?ehehehe ;P

    ReplyDelete