Sunday, August 30, 2009

Warkah dari Rochester

Salam semua...

Setelah melalui perjalanan beribu batu,
akhirnya aku menjejakkan kaki ke bumi Amerika ini
dengan izin Yang Maha Esa
dengan restu dari ayah dan bonda
dengan iringan doa2 insan2 tersayang
tanah ini berjaya aku jejaki..

Ya Allah,
sungguh indah ciptaan mu..subhanallah
Terpegun seketika aku melihat kecantikannya
dari sudut jendela kapal terbang yang aku naiki
awan2 berkepul2 bagai sehampar permaidani gula2 kapas..

Ya Allah,
redhailah perjalananku disini
aku datang dengan segenggam tekad yang tegar
ingin berjaya di persinggahan yang singkat ini
sebagai bekalan ke kehidupan yang abadi di sana..

Ya Allah,
Lindungilah orang2 yang aku sayangi
Hanya pada-Mu aku memohon perlindungan
Sesungguhnya aku sangat sayang pada mereka
Kurniakanlah kejayaan kepada aku dan teman2 seperjuanganku
Restuilah perjalanan kami di sini...


Indahnya ciptaan Yang Maha esa


mentari menyinari bumi

ngan Mimiey


gee, fadh and...=)

ngan cik Tim




Tuesday, August 25, 2009

malam-malam terakhir

Malam ni..
malam terakhir aku kat msia
Esok nak mengharungi perjalanan jauh ke bumi Amerika
...
..
...
Ape perasaan??
hurm..sekarang ni aku tak rasa ape2 pun..
seriously..
kenapa ye?
...
..
banyak nak coretkan kat sini tapi..
entah..




Thursday, August 20, 2009

if only


If only I don't feel what I'm feeling right now












Nevermind, it's okay...



Tuesday, August 18, 2009

warkah buat mama


Hari itu,
mama, papa, Yaya dengan bibik sarapan sama2 di meja makan. Pagi tu, Yaya rasa nak manja2 dengan mama je. Tapi mama tak layan Yaya pun. Mama cakap mama nak cepat pergi kerja. Seperti biasa, mama selalu peluk Yaya sebelum pergi kerja.Tapi hari tu mama tak peluk Yaya pun. Bila Yaya depakan tangan nak peluk mama, mama dah pun bangun dari kerusi dan terus pergi ke kereta. Sedihnya Yaya masa tu. Kalau lah Yaya dapat peluk mama pagi tu,Yaya nak peluk mama kuat2 tak nak lepas.Tapi tak apalah.Yaya paham mama sentiasa sibuk dengan kerja mama..

Lepas tu, mama pun masuk dalam kereta dengan papa. Yaya berdiri je dekat pintu sebab nak lambai mama. Tapi mama tak balas pun lambaian Yaya. Bibik cakap mama dah terlewat tu, sebab tu tak sempat nak lambai Yaya. Yaya angguk je. Bibik pun bawak Yaya masuk dalam rumah. Hari tu Yaya asyik ingat mama je taw. Bila masuk tengah hari, Yaya pun call la henset mama. Yaya nak tanya mama balik pukul berapa sebab Yaya tak sabar sangat nak jumpa mama. Mama pun angkat henset mama. "Mama, mama...." Yaya tak sempat pun nak tanya mama tapi mama marah Yaya dengan suara garang sangat. Mama cakap jangan call mama sebab mama ada meeting.Yaya terdiam sekejap. Yaya buat tu sebab Yaya rindu mama. Mungkin salah Yaya jugak. Tapi tak pe lah, Yaya paham mama kan sibuk.

Petang tu, Yaya main bola sorang2 depan rumah sambil tunggu mama balik. Kejap2 Yaya tengok kereta yang lalu lalang depan rumah kot2 mama dah balik. Tapi hampa..mama tak sampai2 jugak. Yaya pun sambung main bola lagi. Tiba2 bola Yaya yang berwarna pink tu melantun ke luar pagar. Yaya sayang sangat bola tu sebab mama yang belikan untuk Yaya. Yaya pun buka la pagar nak pergi ambil bola tu. Masa tu Yaya tak nampak pun ada kereta tengah laju lalu kat jalan tu. Yaya nampak kereta tu datang dekat Yaya dan Yaya rasa macam terbang kat awan. Lepas tu Yaya rasa sakit sangat kat kepala. Tapi Yaya tak nangis taw, sebab mama selalu pesan kalau nak jadi good girl tak boleh nangis2. Sakit yang Yaya rasa tu sekejap je. Tapi Yaya hairan, kenapa Yaya dapat lihat diri Yaya sendiri? Yaya tengok darah banyak sangat kat kepala Yaya dan orang ramai tolong angkat Yaya. Padahal Yaya dah tak rasa sakit pun.

Tak lama lepas tu, Yaya tengok orang-orang tu bawak Yaya kat hospital. Yaya nampak bibik tengah nangis. Bibik oo bibik, kenapa bibik nangis? Bibik rindukan keluarga kat kampung ye? Meh Yaya peluk bibik ye. Tiba2 Yaya nampak mama dengan papa lari masuk ke dalam sebuah bilik macam orang gila. Mama, mama tak nampak ke Yaya tengah peluk bibik kat bangku ni mama? Yaya pun pergi tengok la dalam bilik tu. Mama tengah meraung2 sambil menangis. Papa pulak mengadap ke dinding smbil menekup muka. Kenapa ni mama, papa? Pastu, Yaya tengok kat atas katil tu. Yaya nampak diri Yaya lagi. Nurse tu selimutkan Yaya sampai ke kepala Yaya. Kenapa selimut sampai tutup kepala Yaya? Yaya pergi kat mama perlahan2, Yaya peluk mama kuat2 tapi mama masih menangis lagi. Mama, tengokla muka Yaya. Tengok la sini..tengok la. Yaya pun bisik kat telinga mama, "Yaya sayang mama!". Tapi kenapa mama macam tu je. Mama tak dengar ke Yaya cakap ni mama? Mama..mama..

Sedang Yaya tarik2 tangan mama tu, Yaya nampak ada beberapa nurse menolak Yaya yang ada di atas katil tu pergi ke sebuah bilik.Mama ngan papa pun ikut sekali. Masuk je bilik tu, nurse tu jiruskan air perlahan-lahan atas badan Yaya. Mama ngn papa pun ada sama.Tapi kenapa nak mandikan Yaya lagi. Yaya baru je mandi petang tadi mama. Bagitahu la nurse tu mama, Yaya sejuuuk sangat ni. Tak mahu la mandi lagi. Tapi mama diam je. Papa pun sama. Lepas mandi tu, nurse2 tu balut Yaya dengan kain putih. Diorang ikat sana, ikat sini. Dorang buh kapas dalam hidung Yaya. Kenapa balut Yaya macam arwah nenek yang Yaya pernah tengok dulu? Masa tu mama cakap nenek nak pergi jauh sebab tu kene balut macam tu. Jadi, Yaya pun nak pergi jauh la ni mama? Tapi..Yaya nak pergi mana?

Lepas tu, diorang usung Yaya masuk dalam van. Mama, kenapa Yaya kene naik van? Bukan kereta mama? Tapi Yaya tak sedih sebab mama ada sebelah Yaya masa dalam van tu. Tak lama lepas tu van tu sampai la kat rumah kita. Diorang usung Yaya masuk dalam rumah. Tiba2 Yaya nampak bola pink yang Yaya nak ambil tadi. Tapi Yaya tak boleh nak ambil. Mama tolong ambilkan ea mama? Ramai orang datang rumah kita mama. Semua datang nak tengok Yaya. Tapi kenapa muka mereka sedih je. Lepas tu dorang duduk keliling Yaya sambil baca Yasin. Kenapa ea mama? hairannya Yaya..

Sepanjang malam tu Yaya tengok mama, papa dan bibik tak tidur pun. Semua duk tepi Yaya malam tu. Sukenye Yaya rasa. Mama masih lagi menangis. Papa pulak mata bengkak merah2. Bibik pun sama. Mama bagitahu Yaya, mama mintak maaf sangat2 dengan Yaya sebab marah Yaya tadi. Lepas tu mama cakap2 lagi. Yaya tak berapa paham la sebab mama cakap sambil nangis. Mama, kenapa mama nangis ni? Yaya dah penat lap air mata mama tapi mama masih nangis lagi. Mama, bagitahu la Yaya...

Keesokkan paginya, ramai orang datang rumah kita. Sekali lagi, kenapa dorang datang ni mama? Dorang angkat Yaya perlahan2 masuk dalam kotak kayu yang panjang. Kenapa ni mama? Kenapa Yaya kene duk dalam ni?.. Yaya nampak papa angkat kotak kayu tu dengan orang2 lain. Mama, kita nak gi mana ni? Tak lama lepas tu, dorang bawak Yaya kat satu tempat ni..penuh dengan batu2 putih dan pokok bunga kemboja. Lepas tu dorang angkat Yaya slow2 dan masukkan Yaya dalam satu lubang ni. Lepas letak Yaya dalam tu, dorang kambus dengan tanah. Mama..mama!! Kenapa Yaya duk dalam ni sorang2?? Mama, suruh la dorang keluarkan Yaya balik..Yaya takuuuut la mama..gelap sangat kat sini. Mama..jangan tinggal Yaya kat sini mama...mamaaaa....








Sunday, August 16, 2009

kenduri kendarah

Baru sekarang aku tahu
bukan senang nak buat kenduri ni..

Baru sekarang aku rasa
betapa penatnya mengadakan kenduri ni
tambah2 lagi bila kekurangan kakitangan yang nak menolong
tapi ahli tukang makan berlebih-lebihan pula..

Fuu..penat sangat2 la
haha
Tapi tak kisah la kan
siyes best dapat tengok orang makan

Ni baru kenduri doa selamat
tetamu yang dijemput pun lebih kurang 100 orang je
baru kenduri doa selamat dow
bukan kenduri kawen lagi..

Huhu..
Nanti tak payah buat kenduri kawen boley tak?


****************************************************************

p/s: asjdbfcn rger cge auhs hc wehc axn zakjbjmcakjc wagecf uashgec jag d sgcfsa knckhg skasnxdh skunx chkjsag ncfsjh cfgsa j ksnxka sxd mnsxfbcytn. Paham?





Sunday, August 9, 2009

I.am.

I.am.so.worry..
*
*
*
*
*
**
****
Right.now.
*
*
*
*
*
**
****
I.cannot.sleep..
*
*
*
*
*
**
****

where are you?


(T_T)

Saturday, August 8, 2009

Kisah Mak Peah

AMARAN :

Tidak sesuai dibaca oleh budak2 yang bakal mengambil UPSR,PMR, SPM & STPM yang belum mumayyiz/belum cukup umur/belum baligh. Cerita di bawah tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun meninggal dan segala persamaan adalah tidak disengajakan.


Suatu malam di rumah Mak Peah..

Tijah, Timah dan Tipah adalah anak perempuan Mak Peah yang masih bersekolah. Pada malam yang sepoi-sepoi bahasa itu, ketiga-tiga mereka terjumpa sebuah buku. Mereka pun bacalah buku tu sebab nak sambut seruan kerajaan "Jadikan membaca budaya kita".

Tak sampai seminit mereka baca buku tu, Tijah terbahak-bahak ketawa sampai keluar air mata hidung semua, Timah pulak tergolek2 ketawa sampai sawan manakala Tipah terus pengsan sebab telah ketawa tahap zero oksigen. Mak Peah heran melihat anak2nya jadi gitu.

Mak Peah pun sepantas hadlaju cahaya merampas buku tersebut daripada mereka. Tidak lama selepas itu, Mak Peah juga ketawa sampai gigi palsunya terbang (sebab tak guna pelekat Polident) tersangkut di kipas rumahnya. Ahli forensik, c.s.i dan f.b.i(faizal bin ismail) telah datang untuk mengkaji punca mengapa 4 beranak itu menjadi sebegitu rupa. Oh, rupa-rupanya ia berpunca daripada sebuah buku. Antara isi kandungan buku itu :

***Bab 1 : PeriTAKbahasa****

1 . Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
2. Carik2 bulu ayam lama-lama jadi shuttlecock.
3. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa.
4. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.
5. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
6. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
7. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia boleh makan ayam.
8. Sepandai-pandai tupai melompat, terer lagi katak melompat.

***Bab 2 : Nama2 orang jepun****

1. yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
2. yang suka makan nasi - NANASHI KASIBANYA
3. yang pemarah - KEIJI CACIMAKI
4. yang bisu - KIETA TADASORA
5. yang suka bikin kacau - WAKASI HURUHARA
6. yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
7. yang suka merempit - SAJA CARIMATI
8. yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Putera_Luqman_Tunku_Andre

*************************************************

Potret Mak Peah anak beranak.
Dari kiri, cepat jalan : Tijah, Timah, Mak Peah(spek itam), Tipah dan ahli forensik.