Tuesday, May 12, 2009

ini dia..cik tam

Hai kawan2...(tiru pengacara Blues Clues tv9)...
Hari ni aku nk memperkenalkan korang dengan sorang satu makhluk ni. Nama dia cik Tam.
Ehem, rilex2..ini bukan Tam spider. Juga bukan Tam Cruise. Nama dia Cik Tam je. Untuk pegetahuan kawan2, Cik Tam ni kucing jantan. Di sini bermulanya sebuah pertemuan...(ayat nak skema je). Kejap2..bukan pertemuan sebenarnye..tapi aku yang terjumpa dia dulu biarpun dia tak nak jumpa aku..hehe. Cik Tam siap main ciku cak lagi belakang kasut (kasut but ke, kasut boot ke, kasut butt=p?..tak sure la)..tapi ak jumpa jugak dia..tadaa..

mana mau lari Cik Tam?

Alololo comeyy...Cik Tam yang malu2 kucing

Selepas itu, aku pun ambil la Cik Tam ni letak dia dalam kotak kasut. Aku siap letak sponge lagi nak bagi Cik Tam terasa macam berbaring atas tilam Vono yang empuk tu. Keesokan harinya, pagi2 lagi aku keluar rumah semata2 nak tengok Cik Tam di tempat perbaringannya. Tapi dia missing in action la pulak. Ke mana Cik Tam pergi? Hmm..mungkin dia pergi bermain ciku cak bersama awek dia. Mungkin juga dia pergi bermain dota, red alert atau counter strike di rumah kawan2 seperjuangannya..(woh2..kucing alaf baru =p). Lantak kau la Cik Tam. Aku tahu suatu masa nanti kau tetap kembali ke pangkuan ku..

Dan ingatlah, aku sedia menerima dirimu seadanya wahai Cik Tam ku sayangg...

p/s : Aku bagi nama dia Cik Tam sebab dia itam2 manis macam aku..*erk..manis ke aku?*..haha


No comments:

Post a Comment